Tuesday, April 5, 2011

Terima kasih

Bismillahhirrahmanirrahim, Terlebih dahulu, dipanjatkan doa ke hadrat Illahi kerana hari ini aku masih lagi sihat dan gembira. Hari ni sungguh istimewa. Aku seperti lahir sebagai insan baru dgn hasrat dan impian yang baru. Terima kasih Allah. Aku bersyukur kerana Allah buat aku sedar yang aku punya ceriteraku sendiri bukan hanya aku hidup untuk kebahagiaan org lain. Aku kini merasakan aku hanya perlu melangkah mengikut arus yang mengalir sambil perlu mengawal layar yang ku miliki. Terima kasih Allah. Dalam masa kurang dari 3 bulan aku akan bergelar tunangan orang dan dlm masa kurang dari 8 bulan akan bergelar isteri kepada seorang lelaki yang amat dicintai. Aku bersyukur aku punya adik-beradik yang boleh aku bergantung harap, berkongsi rahsia cerita suka dan duka dan menghargai aku seadanya aku. Terima kasih Allah. Kini aku punye teman serumah dan sebilik yang baik dan memahami diriku ini. Aku bersyukur kerana berada di tempat kerja yang baru, aku tidak dianggap asing tapi dilayan seperti keluarga. Aku selalu berharap agar aku tidak akan menyakiti hati kalian walaupun sekelumit. Aku hanya manusia biasa, yang tidak sedar dan sering terlupa adab dan tatasusila. Maafkan aku. Kepada Tuan Haji Sokhini dan Puan Hajjah Norizan sekeluarga, terima kasih memberi kasih sayang buat saya. Saya amat menghargai setiap layanan dan masa yang pernah kita luangkan bersama. Saya ikhlas membantu apa yang perlu. Semoga sihat sejahtera dan ceria selalu. Biarkan memori sedih semalam kita akhiri dengan memori indah..Wonderful Story always! Regards, Nurul Afzan