Thursday, August 5, 2010

When u...being u

Jadi yang paling muda antara yang senior2. Mmg i selalu kene bahan

Hang out dgn kawan-kawan then tgkp gambar tak ingt dunia

First time jadi pengapit and pengapit plak mmg tak leh tgk kamera

Tgkap gambar mcm ni mmg hobi sy


Seronok sgt bila u jadi diri u sendiri.. Teruskan mencuba dan mencuba utk jadi diri sendiri..Jgn hipokrit kerana org hipokrit akan jadi seperti pelangi..kejap je dah hilang..tapi org yang jadi diri sendiri die akan jadi pelangi yang kekal dalam sanubari insan di sekelilingnya..


Sy mahu jadi gergasi besar yang cantik itu! saya mahu jadi pelangi yang tak pernah hilang dlm sanubari kamu-kamu-kamu-kamu..bleh kan?
Gambar-gambar tu tak de ada kene mengena..Hari selasa lepas ada photoshoot dgn majalah XXXX.. i admit ok, i mmg tak reti bergambar sorang-sorang...Kaku je..ish..
Rabu pg plak jadi voice over utk video UXX..haaa....yang ni best..duduk dlm studio rakaman yang sejuk sorang-sorang..then abg-abg kat luar bg isyrat stop or proceed je.. mmg suka la
Ok..malam ni ada gathering dgn kawan-kawan UPM..eh tak sabar plak jumpe korang..nnti kite tgkp gambar RAMAI-RAMAI..sebab i tak cantik bergambar sorang-sorang







Tuesday, June 8, 2010

EXTRAVAGANZA SINGAPORE

Ni masa pergi Herbalife HQ (Singapore) dekat je dgn Orchard Road tu
Korean friends
New Zealand kot..tak ingat plak

Rakan-rakan seangkatan - Kredit to Mr Alan Peter

Sebahagian dari 18,000 orang- kredit to Mr Alan Peter

Ni team yang disayangi
Jepun mari..arigato..


huhu..i dah tulis karangan panjang..then terdelete plak..ee..geram..nanti i tulis balik
chow..




Friday, April 16, 2010

Happy Birthday Amirah Fatini

Entry ini khas untuk Fatini..



Selamat Hari Lahir..Sudah 4 tahun kamu... Jaga tingkah laku dan belajar rajin-rajin.


Ummi sayang Fatini..OK?

Thursday, April 1, 2010

Mari jaga kesihatan

Just check my weight


Currently : 51.7Kg

Height : 159cm

BMI : 21.4


Source : Pusat Kesihatan, UiTM


kene turunkan sikit lagi je...kasi turun 47/48kg..than, its enough for me..byk sgt seluar yang dah tak muat


Hari tu, jumpa Alang baru habis pantang..huhu..kurus betul beliau..lebih kurus dari before pregnant..40kg..Nyah..less than 40kg rasenya n kak su.. dalm 50kg lebih juga..

Jadi meh kite bagi solid sikit..bagi cantik..


Kene jaga makan dan kesihatan..

Majalah Rapi menjadi teman setia..Mahu makan buah sama sayur byk2..and mahu minum air byk2..


Kite tgk hasilnya nanti


Ni je gambar terbaru yang ada..



saya yang pakai tudung biru..Kak Ayu yang sorang lagi tu..and yang satu lagi tu my Dean..jgn tertukar plak

Wednesday, March 24, 2010

Our Gathering


Spot me?
This is during Master of Communication Gathering..
20th March 2010
Love this moment...

Thursday, March 11, 2010

Ni waktu mengembara ke utara seorang diri

































Huh..seribu satu kenangan manis..tak dapat diungkap dengan kata-kata

Tuesday, March 9, 2010

Grooming Workshop


Sesiapa yang berminat untuk menyertai Grooming Workshop from Team Dara bleh la join this workshop..

Tempat : Fakulti Komunikasi Massa & Pengajian Media, Shah Alam

Tarikh: 13 March 2010 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi - 5 ptg

Bayaran : RM30

Sijil dan goodie bag disediakan

bleh email saya di wonderfulnamy@gmail.com
dan
sy akan bg no hp penganjur tu ye

Cepat! Tempat adalah terhad

Monday, March 8, 2010

7-3-2010


Two gorgeous girls...Jezmine yang pakai scarf tu and yanny yang pegang paper beg OBB tu
Gambar ni i ambil dari blog jezmine

Yesterday saya kuar dgn kawan i jalan2 and lepak2..sembang pasal perkembangan semasa....cermin keretanya dipecahkan orang gara-gara pencuri tu ingt beg yang die tinggalkan dlm kereta ada laptop...padahal..die letak dokumen office die dalam beg tu bukan ada laptop pun..sian die..

jadi sy sekadar boleh bersimpati dan keluar bersamanya supaya hati die lebih gembira..

tiba**

tempat yang kami makan tu dekat plak dengan The Old Blossom Box Store..ape lagi..i pun ajak la kawan i tu ke sana.. (eh ber 'i' la pulak) tak kisah la...

sampai je kat kedai tu..huh..serius..secantik dlm blog..and brg2 die pun cantik..ingtkan tak mau beli ape2..last2 terjatuh cinta sama satu beg ni....i pun beli la..

Tapi..as i ni suka blogwalking...i kenal la one of the customer yang dtg kat situ..nama die yanny..die mmg cantik..lebih cantik dari gambar dlm blog...Nice to meet u..

Jezmine, tuan punye blog tu pulak...i dapat jumpe in person..die jaga kedai masa tu...so sweet orang nye...i akan datang lagi ye min..





Friday, March 5, 2010

I WANT A NEW BAG

Warna macam ni atau brown and nak yang leather

Tapi mahu design ala-ala ini..sy bw motor..jadi lebih mudah and selamat pakai sling bag...
My dear sista and brothers
sy mahu cari seperti description di atas..
Mahu guna ke kuliah..kalau jalan2 mahu yang lain pula..tapi priority...yang ke kuliah dulu
Ada?
Ada tak?
Di mana?
Message i ye..
Tq
.
.
.
.
.
.
Tq so much

Wednesday, March 3, 2010

ANAQI TURN 1 TODAY

Anaqi suka ketawa

Anaqi dan Ummi
Anaqi dan ibunya

Happy Birthday Anaqi..sudah 1 tahun kamu..jadi anak yang baik and bleh tak kalau dgn ummi..manja lebih sikit..sebab selalu ummi dukung Mia dia tak gerak byk sgt..kalau pegang anaqi asyik gelinjang-gelinjang (tak pasti la korang faham ke tak) je.. hehehe..lagi satu..senyum tu maintain..sebab senyummu itu bisa mengganggu tidur malam ku...pengubat bila rindu..jiwang plak ummi...

Love u
Love u more
Love u more more
Love u more more more
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nak Chips more..ummi nak sikit bleh?...hahahaha

Monday, March 1, 2010

Mahu update tapi malas tulis


Mahu cerita sama teman2..namun kurang masa untuk menaip malah malas untuk menaip...lihatlah gmbar ketika reunion smk convent disember lepas..walaupun sekeping..cukup la tu..sebab gambar lain i tak cantik..hehehe


Tuesday, February 23, 2010

Teeth Scaling


Jangan takut ye..tak sakit pun


Macam ni la kerusi yang saya duduk..peralatan pun canggih2..jadi tak perlu takut

Baru kejap tadi saya buat scaling gigi kat fakulti pergigian UiTM berhadapan fakulti ni..Dah lama rasanya saya tak scaling gigi, dulu zaman sekolah menengah rajin juga scaling gigi..Apa yang penting, saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Doktor wanita (oh, saya memang mengharapkan Dr. wanita yang melayani ye-kalau lelaki kurang selesa sikit) yang lemah lembut dan yang paling penting beliau memberi penerangan lengkap tentang keadaan gigi saya. Lepas scaling gigi, kumur2 then gigi saya digosok dengan berus gigi elektrik pulak..cermat dan teliti...sebelum ni, sy scaling, tak penah pun doktor tu gosok gigi saya. Mungkin tempat yang sy pergi sebelum ni cap ayam kot..

Doktor pesan supaya saya melakukan penjagaan gigi yang lengkap-berus-flos-kumur dgn listerine..Tapi kalau ada sakit darah tinggi, kencing manis atau asma adalah tidak digalakkan untuk buat scaling.

Apa yang pelik ialah saya tak rasa sakit sikit pun macam yang saya rasa ketika scaling-scaling gigi ditempat lain..Tq Dr. Sabariah..
Walaupun saya dah diberitahu bhw saya akan dikenakan bayaran berbanding perkhidmatan sama di Pusat Kesihatan UiTM (percuma or kene byr cikit kot) tapi saya tak kisah.. sebab saya merasakan servis yang diberikan adalah yang terbaik.. Congrats!

So, apa tunggu lagi..Dapatkan rawatan dari Doktor gigi berdekatan anda..

For further info about scaling go to this web.

Tuesday, February 9, 2010

Surprise yang tak Diduga


Lepas balik dari buat keje kat bilik Dr. R, sy kembali ke tempat duduk kat bilik sy yang dihuni oleh beberapa rakan sekerja yang lain.. tiba** ... entah sapa yang buat gambar ni jadi wallpaper desktop..

Siasat punye siasat..rupenya Paliy..tq ye..terharu plak ko habiskan beberapa minit utk lukis gambar aku...

Monday, February 1, 2010

Mode : Very Hungry

Sekarang ni sy sgt lapar dan sgt berbesar hati jika dihidangkan :
oh..Tolong aku..kasihani aku..aku kelaparan...
Kredit to web yang telah dipinjam gambarnya...TQTQ

Oh..nasi ayam and laksa kedah..alamak..tlg2..blh tlg pos tak?





Maaflah..tgn menggeletar sampai copy and paste pun sesuka hati je..abaikan..nak g cari makanan..tata

Friday, January 29, 2010

Kenangan Paling Bermakna

Sekarang ni saya ada kat bilik kakak sy kat Intec, UITM..baru first time masuk bilik die and beliau ke kuliah sekarang ni.. jadi sy tgk2 la gambar2 dalam PC die dan terjumpe gambar ni..
Malam Anugerah Naib Canselor.. Malam itu adalah malam paling bermakna..


Masa konvo dulu ingat lagi.. saya kene bg speech waktu konvo..and waktu aku berdiri di tangga untuk tunggu nama dipanggil untuk bagi ucapan..ada seorang pegawai itu datang dan :

Pegawai A: " Tahniah, Afzan, mak awak mesti bangga awak bg ucapan hari ini.. Parents ada dtg?"

Saya : " Mak tak dapat dtg, mak kene g berubat and abah ada operation"

Pegawai A : " Maafkan saya..tapi saya tahu mereka pasti bangga..All the best Afzan"

Beberapa saat kemudian, nama ku dipanggil..

" Dengan segala hormatnya majlis menjemput wakil Graduan Nurul Afzan Mohamed Yusof untuk menyampaikan ucapan"

Masa tu hati ini sedikit sebak kerana parents tak de waktu konvo..Tapi, saya tak pernah sesal..kerana mereka pernah hadir ke Majlis Anugerah Naib Canselor ini dan diraikan bersama pada waktu itu.. Mak and Abah duduk disebelahku dan menyaksikan aku menerima anugerah pada malam itu di PICC, Putrajaya.


Mak and Abah..Olol janji Olol akan jadi insan yang berguna di masa hadapan..




PICC.. Terbukti la yg bw kereta adalah Ikhwan Yusof a.k.a abg sy yang hensem melihatkan dahinya di cermin pandang belakang tu


Mak and Abah..






Ditemuramah RTM




Bobby my dear friend




My Family.. sy ada lagi 2 kakak, 2 abg and 1 adik lelaki selain dia atas

P/S : Baju yang sy pakai malam itu adalah hadiah dari abg sy, Ikhwan. Tapi sy pakai sekali je mlm itu dan kemudian baju itu hilang dari pandangan..sedih...

Monday, January 25, 2010

Cuti Raya Haji di Negeri Jelapang Padi

Mungkin rakan-rakan terdekat ada bertanya, kenapa lama tak update..maaflah ye..sebenarnya cik Com sy rosak adaptor nye..jadi tak dapat la nak menyambungkan hayatnya ke kabel elektrik. byk gmbar2 yang ada dlm laptop tu yang sy janji dah pada beberapa rakan dan sepupu utk update di sini.... Ini antara gambar-gambar kegemaran sy yang diambil oleh sepupu yang pro and sy yang tak berapa nak pro..




Saya di petang raya

Mia dan Uncle Naufal

Sepetang di Bandar Darul Aman




Wafa yang sentiasa cantik



Gambar ala-ala Nur Kasih





Mia and her Mummy

Sekian untuk kali ni..nak g kelas..tata..salam 1 Malaysia

Tuesday, January 19, 2010

Salam 1 Malaysia

Dah terlalu lama aku tidak menulis..sepnajang tempoh aku menyepi byk perkara telah berlaku. Kalau nak tulis semua mmg tak mng tangan...tapi yang penting..aku kini telah mula bekerja..aku kini bekerja dibawah seliaan seorang Dr di fakulti aku..

Byk pengalaman dan ilmu yang beliau kongsikan dgnku..aku kira beliau terlalu byk pengalaman yang ingin dicerita sehingga aku kira byk waktu kerjaku dikongsikan dgn perkongsian pengalaman-pengalamannya.

Aku bru je baik dari demam dan batuk..tapi dah ok cikit...org kata kalau kite sakit ni penghapus dosa..aku pun dah byk dah buat dosa...harap-harap diampunkan..