Tuesday, May 19, 2009

Senyum..berkesan!

Wah..ingat tak pagi tadi aku ada post pasal SENYUM..aku dengan bangganya senyum pada semua orang di tempat keje aku..Wah berkesan tau..

Cuba lah!!


Pagi tadi masuk keje pukul 11 pagi...Di saat melangkah masuk ke BK tu..aku dah melemparkan senyuman pada semua insan..Ah, pedulikan org ingt aku ni pelik..asalkan aku gembira..

Disebabkan aku datang awal, jadi aku bersolek dulu di crew room..Betulkan baju dan tudung agar penampilan nampak yakin dan manis...emmmmmm......Dah siap!


Aku pun melangkah keluar dari crew room, terus mulakan senyuman!!!..

Hahahahaha..rupenya lagak ku tadi, bergaya depan cermin tu diperhatikan oleh seseorang yang berbaju merah hati..hahahhaa..sebaik je aku kuar dari crew room tu, aku lihat ada orang cube untuk menyorokkan diri beliau..kelakar je..ingat aku tak nampak??? (untuk pengetahuan kalian, crew room tu memang ada lubang yang lutsinar yang orang luar bleh tgk dalam)


tapi aku tak sure sgt la..agaknya aku ni perasan je kot...tapi kenapa nak menyorok tergesa-gesa..ish..pelik! apa pendapat kalian?.. Aku buat-buat tak nampak dan terus membuka daun pintu tempat aku bekerja..


Bila pintu baru ingin dikuak..namaku dipanggil..'Afzan!' ..aku pun berlakon la yang aku baru nampak die.." ye saya, eh xxxx ada kat sini'? .. "Aaa ada' jawab beliau dengan selamba...


Hahhaha..pandai berlakon betul xxxx ni..Apa-apa je la dunia ni...


Ok! sampai di situ..yang lain tu..tak de apa sangat..cume perbualan formal..


Sejak mula bekerja pukul 11 pagi higgga 6 ptg aku memang riang tanpa tekanan...best! sebabnya senyum je..Pas tu kebetulan pulak, jaga drive thru..kene la bermuka manis..dan aku memang melemparkan senyuman ikhlas..sebabnya, masa aku jadi customer dulu, aku memang paling pantang kalau org yang layan aku tu tak senyum dengan aku..


Tiba-tiba dtg satu kereta putih jenama aku tak pasti...bila tingkap dibuka dan ku layan family itu, rupanya linda rafar dan suaminya..lagi la aku berbunga-bunga..sweet family!!!


Dan, entah berapa orang yang aku senyum hari ini aku pun tak ingat, kerana, setiap kereta yang masuk akan aku layan dengan sebaiknya..


Harap kalian yang bernama pelanggan aku hari ini, berpuas hati ye..aku akan cuba tingkatkan perkhidmatan aku..Ye??


So, jangan lupa senyum....

0 comments: