Tuesday, February 23, 2010

Teeth Scaling


Jangan takut ye..tak sakit pun


Macam ni la kerusi yang saya duduk..peralatan pun canggih2..jadi tak perlu takut

Baru kejap tadi saya buat scaling gigi kat fakulti pergigian UiTM berhadapan fakulti ni..Dah lama rasanya saya tak scaling gigi, dulu zaman sekolah menengah rajin juga scaling gigi..Apa yang penting, saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Doktor wanita (oh, saya memang mengharapkan Dr. wanita yang melayani ye-kalau lelaki kurang selesa sikit) yang lemah lembut dan yang paling penting beliau memberi penerangan lengkap tentang keadaan gigi saya. Lepas scaling gigi, kumur2 then gigi saya digosok dengan berus gigi elektrik pulak..cermat dan teliti...sebelum ni, sy scaling, tak penah pun doktor tu gosok gigi saya. Mungkin tempat yang sy pergi sebelum ni cap ayam kot..

Doktor pesan supaya saya melakukan penjagaan gigi yang lengkap-berus-flos-kumur dgn listerine..Tapi kalau ada sakit darah tinggi, kencing manis atau asma adalah tidak digalakkan untuk buat scaling.

Apa yang pelik ialah saya tak rasa sakit sikit pun macam yang saya rasa ketika scaling-scaling gigi ditempat lain..Tq Dr. Sabariah..
Walaupun saya dah diberitahu bhw saya akan dikenakan bayaran berbanding perkhidmatan sama di Pusat Kesihatan UiTM (percuma or kene byr cikit kot) tapi saya tak kisah.. sebab saya merasakan servis yang diberikan adalah yang terbaik.. Congrats!

So, apa tunggu lagi..Dapatkan rawatan dari Doktor gigi berdekatan anda..

For further info about scaling go to this web.

3 comments:

bettY.Yone said...

salam..wah2~ macam best je wat scaling kat fac dentistry ek? student je ke boleh? tolong reply ek kat shoutbox blog i..tengs..

Nurul Afzan said...

sy dah reply..kalau simple scaling RM20..try la buat..bleh kelihatan muda nanti lepas sacling..huhu

Nurul Afzan said...

eh..semua orang bleh..bukan student je..orang luar or staff pun bleh