Thursday, April 4, 2013

Demam Pilihanraya bakal menjelma

Demam pilihan raya bakal menjelma setelah PM mengumumkan pembubaran Parlimen semalam pada tanggal 3 April 2013 setelah genap 4 tahun pemerintahannya. Sebelum ini ramai yang berteka-teki tentang tarikh pembubaran,,,,ada yang mengatakan 13032013, ada kata 31032013 tetapi akhirnya 03042013...apapun ada juga nombor 3...apakah keistimewaan no 3 ni ye pada pandangan beliau?hmmm.

Selepas terbubarnya parlimen, sudah tentu ramai yang mencari buluh dan waktu ini juga buluh menjadi harga. kenapa??? bukan untuk membuat lemang tetapi buluh dicari untuk dijadikan tiang bendera oleh parti masing-masing.

Ketika ini pun kita dapat lihat di beberapa kawasan dipenuhi dengan beberapa gelombang warna parti masing-masing. Yang menjadi persoalannya di sini... bilakah tarikh pilihanraya...?kalau tarikh tersebut jatuh pada hari pekerjaan memang sukar la bagi kami untuk pulang mengundi...sorang di Kedah, sorang di Perak...ermmm..mungkin balik yang berhampiran je lah....

apa-apa pun...

Alhamdulillah, syukur apa yang telah dikurniai  rezeki kepada kita oleh Allah S.W.T. Kita dapat meneruskan perjalanan hidup, setiap cabaran, dugaan dan rintangan yang melanda merupakan perjalanan hidup yang telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T kepada kita. Kita perlu menempuhi dengan tabah...setiap masalah yang timbul itu merupakan batu loncatan unuk kita menjadi lebih kuat lagi.  

1 comments:

Blossom inch said...

mari lah kita pergi mengundi...