Saturday, April 6, 2013

Sedikit Perkongsian

Cerita daripada Ustaz Syed di Al-kuliah semalam,

Selepas tamatnya Ujian Kertas dua Karangan Bahasa Malaysia tahun 5 karangan bertajuk Autobiografi (karangan autobiografi ni karangan yang menceritakan mengenai aku sebuah..........pen, basikal, Radio, kasut)

Ok, berbalik pada cerita ini.

Maka, guru yang berkenaan pun mula menyemak kertas ujian tersebut, selepas menyemak beberapa kertas karangan daripada muridnya, dia tertarik dengan sebuah karangan seorang murid ini, karangannya yang begitu tersentuh perasaan yang amat mendalam.

Apakah tajuk yang murid ini buat yang menyebabkan guru ini tersentuh??? mampukah kanak-kanak yang masih di sekolah rendah berbuat begitu?Hmm.. maklum la zaman millenium kan sekarang ni...

Murid ni memilih tajuk Aku Sebuah TV. Kenapa dia tak memilih pensil ke, beg ke dan selain daripada itu. Ketika guru itu membaca, dia sangat sedih..kerana apa?
di dalam isi karangan tersebut menceritakan mengenai kasih sayang keluarga.

Selepas  guru itu pulang ke rumah, emosinya masih terganggu dan berwajah sedih akibat penangan karangan tadi .Suami yang ketika berada di rumah pun bertanya, " Mengapa sayang bersedih ini?"
lalu guru itu pun menceritakan cerita kesedihan itu kepada suaminya.

Guru BM: Di sekolah tadi, sy semak sebuah karangan Autobiografi bertajuk Aku sebuah TV, murid saya tulis dia sangat hendak menjadi TV.

Suami: Kenapa nak jadi TV lak?

Guru BM: Dia tulis dia nak jadi TV sebab, semua orang selepas makan pergi tonton TV. Bila Ayah balik dari tempat kerja penat2 dan sampai ke rumah terus tengok TV. Bila orang rasa sedih dan nak menghiburkan hati, buka je TV.... dpt menggembirakan diri. Semua orang suka TV, hendak berdekatan dengan TV. Jadi murid tu pun sangat hendak menjadi TV kerana dia mahu ayah, Ibu dan yang lain dekat dengannya seperti TV.

-Selepas menceritakan pada suaminya bertambah-tambah lagi linangan air matanya.

Suami: Bagus la karangan budak tu. hebat kan budak sekarang..

Guru BM (isteri): Abang!!! Murid yang tulis karangan ni anak kita abang.

-Lagi bertambah-tambah lah lingan air mata isteri ni.

Cerita 2

Pada suatu hari, saya ke kedai makanan untuk oder Tom Yam. Di pertengahan kedai itu ada sekeluarga sedang menunggu makanan sampai.

Saya pun memerhatikan mereka, saya lihat semua orang di dalam keluarga tersebut masing-masing memegang telefon berchating, FB dan sebagai nya.

Telefon ini banyak kebaikan namun terdapat keburukan jika disalah guna. Ia dapat menghubungkan yang jauh menjadi dekat. Namun jika keadaan seperti ini boleh menyebabkan yang dekat menjadi jauh dek kerana masing-masing dengan dunia masing-masing walaupun diri berdekatan.

jika kita meluangkan masa bersama keluarga, gunakanlah sebaik-baiknya masa tersebut.

Pengajaran daripada cerita ini buat saya dan sahabat yang lain.

- Hasil daripada dunia yang serba moden ini, kebanyakan anak-anak sering terabai daripada kasih sayang keluarga. Mereka yang masih mentah ini amat memerlukan perhatian daripada ibu bapa.

- Alhamdulillah, jika ada keluarga yang dapat memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak dengan sebaiknya. Kasih sayang di sini bukan bermaksud sentiasa memanjakan anak tetapi bermanja mengikut pada tempatnya. Ada kala kena tegas dan ada kala kena bermanja.

(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)
 

"Keluarga Bahagia, Matlamat Semua"


 

0 comments: