Saturday, April 6, 2013

Ikan Bakar Umbai

Hari ni cuba buat resepi ikan bakar macam makan di Ikan Bakar Umbai, selepas gi makan di sana hari tu dan tengok mcm mana diorg buat. Hari ini cuba reka resepi tu...bila dah siap & rasa..fuh.... memang ala2 macam mkn kat situ.

Ikan di dalam kuali balut dgn daun pisang



Resepi ikan bakar
1. Ikan kembung 3 ekor (ikut brp ekor nak) ikan yg lain pun blh
2. Cili bo atau cili kering yang dah dikisar (klu nak lg pedas, ltak bnyk2)
3. Bawang besar seulas
4. Bawang putih seulas
5. Garam sedikit rasa
6. Gula sedikit rasa

Cara membuat:
1. Panaskan kuali
2. Sediakan daun pisang yg sudah dilayur, klu daun pisang tak dilayur daun akan mudah rapuh
3. Letak ikan di daun pisang dan sapukan cili yang telah digaulkan dengan bawang putih, bawang merah, gula dan garam.
4. Selepas ikan dibalut, letakkan di dalam kuali.
5. Tutup kuali tadi dan alihkan ikan, tunggu sehingga masak dan hidangkan.

Sambal Kicap Ummi

Cara membuat sambal kicap Ummi

1. Potong bawang besar kecil-kecil
2. Kicap cap kipas udang
3. Buah belimbing buluh (hiris halus2)
4. Beberapa biji cili padi (ikut kehendak, nak pedas ltak lg bnyak ye)
5. Gaul dan lenyek2 kan dgn sudu semua tu ye.


Makanan tengah hari ini

Ikan Bakar Umbai + Sambal Kicap Ummi
Makanan Tengah hari ini...Air tu Air Rosell import dari Kedah

Nasi -Ummi Marissa masak
Ikan Bakar- Abi Marissa masak

Jom kita makan sayang...



Lazat Terletak Pada Lidah,
Sedap Terletak Pada Mata.

0 comments: