Saturday, April 6, 2013

Ikan Bakar Umbai

Hari ni cuba buat resepi ikan bakar macam makan di Ikan Bakar Umbai, selepas gi makan di sana hari tu dan tengok mcm mana diorg buat. Hari ini cuba reka resepi tu...bila dah siap & rasa..fuh.... memang ala2 macam mkn kat situ.

Ikan di dalam kuali balut dgn daun pisang



Resepi ikan bakar
1. Ikan kembung 3 ekor (ikut brp ekor nak) ikan yg lain pun blh
2. Cili bo atau cili kering yang dah dikisar (klu nak lg pedas, ltak bnyk2)
3. Bawang besar seulas
4. Bawang putih seulas
5. Garam sedikit rasa
6. Gula sedikit rasa

Cara membuat:
1. Panaskan kuali
2. Sediakan daun pisang yg sudah dilayur, klu daun pisang tak dilayur daun akan mudah rapuh
3. Letak ikan di daun pisang dan sapukan cili yang telah digaulkan dengan bawang putih, bawang merah, gula dan garam.
4. Selepas ikan dibalut, letakkan di dalam kuali.
5. Tutup kuali tadi dan alihkan ikan, tunggu sehingga masak dan hidangkan.

Sambal Kicap Ummi

Cara membuat sambal kicap Ummi

1. Potong bawang besar kecil-kecil
2. Kicap cap kipas udang
3. Buah belimbing buluh (hiris halus2)
4. Beberapa biji cili padi (ikut kehendak, nak pedas ltak lg bnyak ye)
5. Gaul dan lenyek2 kan dgn sudu semua tu ye.


Makanan tengah hari ini

Ikan Bakar Umbai + Sambal Kicap Ummi
Makanan Tengah hari ini...Air tu Air Rosell import dari Kedah

Nasi -Ummi Marissa masak
Ikan Bakar- Abi Marissa masak

Jom kita makan sayang...



Lazat Terletak Pada Lidah,
Sedap Terletak Pada Mata.

Doa Untuk Anak-anak dijauhi daripada gangguan Syaitan ketika tidur

Sedikit perkongsian ketika isteri melahirkan anak di Hospital Azzahrah Bangi. Selepas Ummi Marissa selamat melahirkan Marissa dan berehat di bilik, datang seorang ustazah membaca doa agar melindungi anak daripada gangguan dan kerap menangis.

Alhamdulillah, selepas mengamalkan doa ini, cahaya mata saya jarang menangis malam sehingga kini.

 ini doanya,

أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّة وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة
‘U’izuka/ki bikalimatillahit taammati min kulli syaitonin wa haammatin, 
wa min kulli aynin laammah
Aku memohon perlindungan kpd budak lelaki/budak perempuan ini, dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada syaitan dan bisikannya, dan daripada mata yang menyihir (panahan sihir melalui pandangan mata).
(Hadis Asal berbunyi أعيذكما  ditujukan kepada dua anak lelaki, iaitu Hasan dan Husin)
-Nabi SAW sentiasa mendoakan Hasan dan Husin semasa masih kecil dengan doa ini. 
(HSR Bukhari 1126, Sahih Ibn Majah 3525, Sahih Ibn Hibban 1012)
-sumber doa dr http://www.kiemiftah.com
-juga boleh ditambah bacaan surah al-fatihah, ayat kursi, dan 3 Qul (surah al-ikhlas, al-falq dan an-nas)
-Jika diamalkan bacaannya sebelum tidur, surah-surah ini juga dapat melindungi kita drpd sihir (santau, pukau dan sebagainya).
-Wallah hu alam..

Sedikit Perkongsian

Cerita daripada Ustaz Syed di Al-kuliah semalam,

Selepas tamatnya Ujian Kertas dua Karangan Bahasa Malaysia tahun 5 karangan bertajuk Autobiografi (karangan autobiografi ni karangan yang menceritakan mengenai aku sebuah..........pen, basikal, Radio, kasut)

Ok, berbalik pada cerita ini.

Maka, guru yang berkenaan pun mula menyemak kertas ujian tersebut, selepas menyemak beberapa kertas karangan daripada muridnya, dia tertarik dengan sebuah karangan seorang murid ini, karangannya yang begitu tersentuh perasaan yang amat mendalam.

Apakah tajuk yang murid ini buat yang menyebabkan guru ini tersentuh??? mampukah kanak-kanak yang masih di sekolah rendah berbuat begitu?Hmm.. maklum la zaman millenium kan sekarang ni...

Murid ni memilih tajuk Aku Sebuah TV. Kenapa dia tak memilih pensil ke, beg ke dan selain daripada itu. Ketika guru itu membaca, dia sangat sedih..kerana apa?
di dalam isi karangan tersebut menceritakan mengenai kasih sayang keluarga.

Selepas  guru itu pulang ke rumah, emosinya masih terganggu dan berwajah sedih akibat penangan karangan tadi .Suami yang ketika berada di rumah pun bertanya, " Mengapa sayang bersedih ini?"
lalu guru itu pun menceritakan cerita kesedihan itu kepada suaminya.

Guru BM: Di sekolah tadi, sy semak sebuah karangan Autobiografi bertajuk Aku sebuah TV, murid saya tulis dia sangat hendak menjadi TV.

Suami: Kenapa nak jadi TV lak?

Guru BM: Dia tulis dia nak jadi TV sebab, semua orang selepas makan pergi tonton TV. Bila Ayah balik dari tempat kerja penat2 dan sampai ke rumah terus tengok TV. Bila orang rasa sedih dan nak menghiburkan hati, buka je TV.... dpt menggembirakan diri. Semua orang suka TV, hendak berdekatan dengan TV. Jadi murid tu pun sangat hendak menjadi TV kerana dia mahu ayah, Ibu dan yang lain dekat dengannya seperti TV.

-Selepas menceritakan pada suaminya bertambah-tambah lagi linangan air matanya.

Suami: Bagus la karangan budak tu. hebat kan budak sekarang..

Guru BM (isteri): Abang!!! Murid yang tulis karangan ni anak kita abang.

-Lagi bertambah-tambah lah lingan air mata isteri ni.

Cerita 2

Pada suatu hari, saya ke kedai makanan untuk oder Tom Yam. Di pertengahan kedai itu ada sekeluarga sedang menunggu makanan sampai.

Saya pun memerhatikan mereka, saya lihat semua orang di dalam keluarga tersebut masing-masing memegang telefon berchating, FB dan sebagai nya.

Telefon ini banyak kebaikan namun terdapat keburukan jika disalah guna. Ia dapat menghubungkan yang jauh menjadi dekat. Namun jika keadaan seperti ini boleh menyebabkan yang dekat menjadi jauh dek kerana masing-masing dengan dunia masing-masing walaupun diri berdekatan.

jika kita meluangkan masa bersama keluarga, gunakanlah sebaik-baiknya masa tersebut.

Pengajaran daripada cerita ini buat saya dan sahabat yang lain.

- Hasil daripada dunia yang serba moden ini, kebanyakan anak-anak sering terabai daripada kasih sayang keluarga. Mereka yang masih mentah ini amat memerlukan perhatian daripada ibu bapa.

- Alhamdulillah, jika ada keluarga yang dapat memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak dengan sebaiknya. Kasih sayang di sini bukan bermaksud sentiasa memanjakan anak tetapi bermanja mengikut pada tempatnya. Ada kala kena tegas dan ada kala kena bermanja.

(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)
 

"Keluarga Bahagia, Matlamat Semua"


 

Doa Kasih Sayang Suami Isteri

Sedikit perkongsian doa untuk kebahagian keluarga oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah dan Ustaz Wan Akashah di TV sebentar tadi.

Doa Untuk Suami Menyayangi Isteri daripada Surah Al-Furqan Ayat 74.

 
Terjemahannya:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Doa Untuk Isteri Menyayangi Suami daripada Surah Yusuf Ayat 30.

 
Terjemahannya:
Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: "Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata".





Semoga Kasih Sayang Keluarga Kita Kekal Hingga Akhir Hayat. 

Nukilan: Abi Marissa Nabilah

Thursday, April 4, 2013

Demam Pilihanraya bakal menjelma

Demam pilihan raya bakal menjelma setelah PM mengumumkan pembubaran Parlimen semalam pada tanggal 3 April 2013 setelah genap 4 tahun pemerintahannya. Sebelum ini ramai yang berteka-teki tentang tarikh pembubaran,,,,ada yang mengatakan 13032013, ada kata 31032013 tetapi akhirnya 03042013...apapun ada juga nombor 3...apakah keistimewaan no 3 ni ye pada pandangan beliau?hmmm.

Selepas terbubarnya parlimen, sudah tentu ramai yang mencari buluh dan waktu ini juga buluh menjadi harga. kenapa??? bukan untuk membuat lemang tetapi buluh dicari untuk dijadikan tiang bendera oleh parti masing-masing.

Ketika ini pun kita dapat lihat di beberapa kawasan dipenuhi dengan beberapa gelombang warna parti masing-masing. Yang menjadi persoalannya di sini... bilakah tarikh pilihanraya...?kalau tarikh tersebut jatuh pada hari pekerjaan memang sukar la bagi kami untuk pulang mengundi...sorang di Kedah, sorang di Perak...ermmm..mungkin balik yang berhampiran je lah....

apa-apa pun...

Alhamdulillah, syukur apa yang telah dikurniai  rezeki kepada kita oleh Allah S.W.T. Kita dapat meneruskan perjalanan hidup, setiap cabaran, dugaan dan rintangan yang melanda merupakan perjalanan hidup yang telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T kepada kita. Kita perlu menempuhi dengan tabah...setiap masalah yang timbul itu merupakan batu loncatan unuk kita menjadi lebih kuat lagi.  

Marissa sudah 5 bulan

Sudah lama Pn Nurul Afzan x mengupdate ye...jadi hr ni Ayah Marissa cuti boleh la mengupdate kembali blog Wonderfulnamy.

Marissa Nabilah permata hati Ummi dan Ayah telah dilahirkan di negeri Selangor, menetap di Negeri Sembilan dan Ummi dari negeri Perak serta Ayah dari negeri Kedah. Kini bermaustautin di N9.

sebelum potong rambut
 Sepantas masa berlalu, pejam celik- pejam celik dah nak masuk 5 bulan umur permata hati ummi dan ayah ni...Marissa Nabilah. Hari ini 4 April, esok dah 5 April maka genap lah umurnya 5 bulan. Bila dah masuk 5 bulan ni kena la jumpa Dr pulak ye untuk cucuk kali ke berapa ye??? ermmm nak kna tengok buku merah la..huhuhu..hari sabtu ni ummi dan ayah bawa marissa g cucuk ye...marissa jangan nangis...kali terakhir kena cucuk masa 3 bulan.

Masa Marissa Nabilah kena cucuk 3 bulan di klinik, Marissa nangis kuat ketika di dalam bilik Dr. Selepas ummi bawa Marissa keluar dr bilik terus senyap kerana lihat ramai orang di luar. huhuu..bijak sungguh anak Ummi ni...

Rambut dah kena gunting






Monday, May 28, 2012

Melangkah ke trimester kedua

Alhamdullillah..Saya dah masuk 4 bulan mengandung..Lebih bertenaga dan ceria..Dua orang rakan saya yang sering berhubung bertanya itu dan ini mengenai rahsia dan bahagianya mengandung..akhirnya melekat juga..hehehe..Hani kini 9 minggu..Sarah pula 4 minggu..tahniah..semoga hidup kita semua akan lebih bahagia!

Wednesday, March 14, 2012

Tarikh Due Date Anak Ummi

Saya diijabkabulkan pada 10.22pagi, 24 Zulhijjah 1432H...Saya pula akan mendapat cahaya mata pertama pada 24 Zulhijjah 1433H, Allah mendengar doa saya! Tq Allah... semoga segalanya berjalan sempurna...

Saturday, December 31, 2011

Detik terindah













Pertama kali pulang ke rumah suami di Bahau, Negeri Sembilan.. Hanya senyuman dan degupan jantung yang bisa gambarkan kegembiraaannya..jumpa tahun depan ye..Cuti-cuti sama suami dulu..














Friday, December 30, 2011

Selangkah ke tahun 2012









Alhamdulillah, aku akhiri 2011 sebagai seorang isteri kepada suami tercinta. Sepanjang tempoh ini, kami bahagia, saling mengambil berat dan bertolak ansur. Banyak sangat cerita yang selalu kami kongsikan bersama gelak tawa dan gurau senda. Memang tak diduga saya akan akhiri tahun ini dengan pengakhiran begini, sebab awal tahun 2011 lalu, kahwin bukanlah azam mahupun matlamat. Semuanya terjadi begitu lancar. Itulah takdir namanya.

Tahun baru nanti, insyaallah, kami akan sambut bersama-sama rakan MAOC di Port Dickson. Nanti saya update gambar sepanjang program itu nanti.

** Pesanan dari Yusree: Tuliskan semua perkara romantik yang suami lakukan sekarang ini, sebab jika 5 tahun lagi dia berubah, minta dia baca semula nukilan kamu hari ini.

Thursday, December 29, 2011

Rupanya saya adalah pemilik rusuk kiri Encik Hamzi



Sudah ada yang bertanya, kenapa tidak update blog...satu dua gambar dahulu..saya akan cuba menyelit masa untuk update blog esok hari.












Termeterai sudah, 20-11-2011, 10.22minit pagi, diri ini bergelar Puan Nurul Afzan. Satu lagi sejarah dilakar..










Monday, October 24, 2011

Susun atur



Something to share today...susun atur dewan..esok apa pula ye?






Sunday, October 23, 2011

Ini AJK Kami

Pengarah: Ikhwan
Setiausaha: Yuz
Bendahari: Suzie

AJK Protokol:
Zul
Zana
Sheera
Isqar
Nazira

AJK Fotografi:
Syafiq
Afiy

AJK Hiburan:
Naufal

AJK Jemputan
Abah
Nyah
Abang
Alang

AJK Tugas-Tugas Khas
Acik Miah
Acik Salleh
Cik Illah
Acik Ahai
Acik Reha

AJK Makanan
Acik Amah
Acik Zainal
Kak Ani

AJK Logistik
Niam
Ammar

AJK Cenderamata
Zetty
Hasnida
Shahril

AJK Hiasan
Shyfaa
Yuz
Suzie

AJK Lalu Lintas
Man
Abang Nazir

Pengacara Majlis
Zarina (K)
Abang Adib
Bobby

Pengapit
Abang Al & Thiah
Bridesmaid
Hani
Kak Chik
Zira
Farhana
Haida
Erna
Jannah
Noraini

Nama-nama ini akan ditambah dan diubah di masa hadapan, manalah tahu ada hal ke

Saturday, October 22, 2011

Ini bunting kami







Ada 2 gambar kami pilih . Bunting kami lain, sorang satu banting, bukan gambar bersama 1 bunting..satu kelainan sikit. Yang ini belum edit lagi..Hamzi akan pegang tarikh lain










Friday, October 21, 2011

Episod 30 Hari bergelar isteri

Tanggal 20 November ini, saya akan menjadi suri buat seorang jejaka. menjadi rusuk kiri yang ditakdirkan untuk si dia. Untuk mendampingi dan disayangi selalu..
Just to share my wedding preparation yang saya harap dapat membantu bakal pengantin juga di luar sana. Kenapa 30hari? sebab saya nak bagi info padat untuk 30hari ini buat semua pengantin. Tak mau selang-selang. So, tunggu...
Share gambar je dulu






Ni warna tema, pink ungu adalah bj family dan usher


Orange will be my wedding dress mcm kat bwh ni


Cream plak warna base for pelamin dan pengapit


Ini bj tunang salah sorang pelanggan zaza.

Sy inspired this color from altelia amani, tapi bila tgk zana punya..wah cantik!

Nak buat beads, boleh ke http://beadmeplease.my/..






Fatini dan Elysha, akan pegang mcm ni waktu jalan masuk ke Dewan





Ini kad jemputan untuk bridesmaid sy, tapi sy buat lain sikit, letak kat kain mereka..

nanti tgk ye









Wednesday, June 29, 2011

25 Tahun menjadi manusia

Hari ini, sudah 25 tahun umurku...Malam sebelum hari lahirku, housemate rumah sambut di Iceroom Kota Damansara. Best and sungguh happening yet memorable.. Paling best, time odw balik rumah tu dah pukul 12, mmg tak sedar pun dah pukul 12mlm, tetiba Hani tutup radio and Hani, Shida, Zira and Naz nyanyi lagu Happy Birthday kuat-kuat dalam kereta.. terharunya.. Tq darlings.

Nanti I upload gambar ye.. dapat wish Happy Birthday dari encik tunang and it is so sweet..Tq..Tahun depan sambut birthday sebagai isteri..

**Terima kasih Farhan sebab wish akak..nak hadiah...hehehe
**Pagi-pagi Hanim call and wish HB. The best part is her junior is coming!

Tuesday, June 14, 2011

I am Officially Engaged

Saya malu-malu
Duduk renggang-renggang


Ni waktu ni, pak cik kuda dah panggil...ayoyo, semua org tgk ooo..malu i




Sudah bertunang sudah.. 10-06-2011 hari tu...Alhamdullillah.. Doakan kami sentiasa bahagia selalu..




P/S : Walaupun sudah hampir 5tahun mengenali, lepas tunang ni rasa macam baru kenal pulak...Mcm baru bercinta pulak..tak percaya? Ha, cepat-cepat tunang!



Kredit to:

**Naim : Mr photograher

**Bobby Nuurri http://missbobby.blogspot.com/: Crew yang sentiasa setia..Tulisan dia lah yang kat papan hitam tu..






Nurul Afzan Love Khairul Hamzi


Tuesday, April 5, 2011

Terima kasih

Bismillahhirrahmanirrahim, Terlebih dahulu, dipanjatkan doa ke hadrat Illahi kerana hari ini aku masih lagi sihat dan gembira. Hari ni sungguh istimewa. Aku seperti lahir sebagai insan baru dgn hasrat dan impian yang baru. Terima kasih Allah. Aku bersyukur kerana Allah buat aku sedar yang aku punya ceriteraku sendiri bukan hanya aku hidup untuk kebahagiaan org lain. Aku kini merasakan aku hanya perlu melangkah mengikut arus yang mengalir sambil perlu mengawal layar yang ku miliki. Terima kasih Allah. Dalam masa kurang dari 3 bulan aku akan bergelar tunangan orang dan dlm masa kurang dari 8 bulan akan bergelar isteri kepada seorang lelaki yang amat dicintai. Aku bersyukur aku punya adik-beradik yang boleh aku bergantung harap, berkongsi rahsia cerita suka dan duka dan menghargai aku seadanya aku. Terima kasih Allah. Kini aku punye teman serumah dan sebilik yang baik dan memahami diriku ini. Aku bersyukur kerana berada di tempat kerja yang baru, aku tidak dianggap asing tapi dilayan seperti keluarga. Aku selalu berharap agar aku tidak akan menyakiti hati kalian walaupun sekelumit. Aku hanya manusia biasa, yang tidak sedar dan sering terlupa adab dan tatasusila. Maafkan aku. Kepada Tuan Haji Sokhini dan Puan Hajjah Norizan sekeluarga, terima kasih memberi kasih sayang buat saya. Saya amat menghargai setiap layanan dan masa yang pernah kita luangkan bersama. Saya ikhlas membantu apa yang perlu. Semoga sihat sejahtera dan ceria selalu. Biarkan memori sedih semalam kita akhiri dengan memori indah..Wonderful Story always! Regards, Nurul Afzan

Tuesday, January 11, 2011

Mia umur 2 tahun esok hari
















Mia, kamu tu dah umur 2 tahun esok..jadi jangan nakal-nakal..dgr cakap mummy and daddy..


Kamu mmg selalu dgr ummi membebel dan menari yang tah ape-ape..kamu enjoy la kejap..tapi kamu jgn ikut jadi tak betul mcm tu


Lagi satu, kamu belajar rajin-rajin..jgn jadi budak sombong dan baik dgn cousin dan kawan-kawan..


Ummi sentiasa sayang kamu..jadi jgn selalu tarik rambut ummi.. Jadi rambut ummi ni akan lagi byk la hilang..dah la asyik gugur je hari-hari


Kamu nak apa for ur birthday? nnti esok malam or petang kita celebrate ye sayang..



Love you always!

Thursday, August 5, 2010

When u...being u

Jadi yang paling muda antara yang senior2. Mmg i selalu kene bahan

Hang out dgn kawan-kawan then tgkp gambar tak ingt dunia

First time jadi pengapit and pengapit plak mmg tak leh tgk kamera

Tgkap gambar mcm ni mmg hobi sy


Seronok sgt bila u jadi diri u sendiri.. Teruskan mencuba dan mencuba utk jadi diri sendiri..Jgn hipokrit kerana org hipokrit akan jadi seperti pelangi..kejap je dah hilang..tapi org yang jadi diri sendiri die akan jadi pelangi yang kekal dalam sanubari insan di sekelilingnya..


Sy mahu jadi gergasi besar yang cantik itu! saya mahu jadi pelangi yang tak pernah hilang dlm sanubari kamu-kamu-kamu-kamu..bleh kan?
Gambar-gambar tu tak de ada kene mengena..Hari selasa lepas ada photoshoot dgn majalah XXXX.. i admit ok, i mmg tak reti bergambar sorang-sorang...Kaku je..ish..
Rabu pg plak jadi voice over utk video UXX..haaa....yang ni best..duduk dlm studio rakaman yang sejuk sorang-sorang..then abg-abg kat luar bg isyrat stop or proceed je.. mmg suka la
Ok..malam ni ada gathering dgn kawan-kawan UPM..eh tak sabar plak jumpe korang..nnti kite tgkp gambar RAMAI-RAMAI..sebab i tak cantik bergambar sorang-sorang