Tuesday, May 12, 2009

Hari Ibu Untuk Mak

Waktu hari ibu semalam,
aku terkedu seketika
Aku selalu terbayangkan mak masih di hospital
Walaupun mak dah tiada hampir 5 bulan
Kadang-kadang, aku ingat nak buat keje gila bila ku ikutkan akal yang pendek
Untuk menapak ke hospital Kuala Lumpur dan menemui mak di sana
Maafkan aku Ya Allah,
Berilah aku masa untuk terima hakikat ini
Aku masih ingat,
Tika menyambut Hari Ibu Waktu kecil dulu, kami akan membelikan satu kad dan masih2 akan luahkan perasaan sayang pada mak di kad yang besar itu
Bila mak terima kad itu, mak menitis air mata membacanya
Mak letak kad itu di atas almari hiasan di rumah
Aku kata, “Malulah mak, orang baca”
Mak kata ‘ Tak pe, tanda kasih sayang anak-anak mak tu’
Aduh, tersentuh hati seorang anak kecil yang masih baru hendak meningkat remaja waktu itu Setiap hari ibu, ada sahaja kejutan buat mak
Aku masih ingat bagaimana, kecil-kecil dulu..
Kami adik beradik akan bangun pagi untuk bantu buat semua keje rumah dan sediakan makanan yang sedap-sedap buat mak
Kami layan mak ibarat permaisuri hari itu
Ada juga penah kami kumpul duit dan beli cenderahati buat mak..
Mak pamerkan di alamari hiasan biar dapat dilihat selalu
Penah juga kami buat kejutan dengan kek dan makanan yang dimasak di rumah kak kina..
Kami buat party kecil buat mak, tapi penuh dengan kasih sayang dan gelak ketawa..
Untuk membalas jasa mak..aku dah tak punya masa lagi
Aku rindu sama mak..
Hari ini aku tak dapat ungkapkan kalimah hari ibu buat mak
Dua tiga hari ini, selalu je ada cerita pasal Ibu, dan tiap kali itu jugalah
Air mata ku mengalir laju..
Tak dapat ditahan-tahan..aku rindu senyuman manis mak, suaranya dan pelukan hangatnya Aku ingat lagi..waktu menjaga mak di hospital tahun lalu..aku sangat bahagia ingatkan detik itu..Gelak tawa dan gurau sendanya tak pernah ku lupa..
Kami tgk upin ipin dan raja lawak bersama-sama di bilik hospital itu..oh..bisakah detik itu berulang
Aku ada juga editkan beberapa keping gambar buat mak tika itu..Girang sungguh wajah mak















Waktu jaga mak Disember lalu, aku ingat lagi saat-saat akhir hidupnya bersama dengan aku,aku bersolat maghrib dan isyak di sisi katil mak..Kala itu aku bacakan Yaasin agar Allah bantu mak sembuh, aku menangis waktu membacnaya,,,tak tahu kenapa
Tika aku angkat muka ku melihat wajah emak ditepi birai katil, rupanya, mak memandangku dengan senyuman yang sangat ikhlas..mak dah perhatikan aku sejak mula lagi…
Aku rindu sangat saat itu..Mak……………
Hari Ibu hari ini, aku ucapkan selamat Hari ibu buat semua ibu saudaraku yang aku sayangi ..aku hanya ada kalian untuk aku..
Buat MAMA , Mak Fatimah, Mak Fizal dan Mak Johor ….Selamat Hari Ibu..Mak juga tahu bagaimana aku sangat sayangkan kalian, tapi aku malu untuk ungkapkan ucapan itu dihadapan kalian..Afzan sayangkan kalian..
Da n yang paling penting, buat kakak-kakak saya yang sssssssssssssssssssaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnngggggggggggaaaaaaaaaaaaaatttttt saya sayangi, Selamat Hari Ibu, semoga kalian bahagia selalu..Love you sis

0 comments: